10 JENIS ORANG ISLAM YANG KEJAM
Sufyan Atsauri berkata: "Sepuluh macam daripada kekejaman ialah:
1. Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.
2. Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.
3. Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat.
4. Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.
5. Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah.
6. Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.
7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.
8. Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.
9. Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.
10. Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu.
Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya menaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran. Surah Al-Asr ayat 1-3
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
RAYUAN SUMBANGAN AKTIVITI SURAU
KEPADA TUAN-TUAN YANG BERHAJAT UNTUK MENYUMBANGKAN DERMA, BOLEHLAH MASUKKAN TERUS SUMBANGAN TERSEBUT KE DALAM AKAUN SURAU DI :
RHB BANK NO. A/C : 25822600002109
ATAS NAMA
SURAU AL-ISLAMIYYAH KG MUHIBBAH
RHB BANK NO. A/C : 25822600002109
ATAS NAMA
SURAU AL-ISLAMIYYAH KG MUHIBBAH
No comments:
Post a Comment