Wednesday, December 31, 2008

INFO BARU
SIFAT-SIFAT ORANG ORANG BERIMAN.
1.BERTAUBAT KEPADA ALLAH.
2.BERIBADAH KEPADA ALLAH.
3.MEMUJI ALLAH.
4.MENUNTUT ILMU DAN MENGEMBANGKAN ISLAM.
5.RUKUK PADA ALLAH.
6.SUJUD KEPADA ALLAH.
7.MENYERU KEPADA KEBAIKAN.
8.MENCEGAH KEMUNGKARAN.
9.MENJAGA BATAS-BATAS HUKUM ALLAH.


INFO ANAK
HARUS DILAKSANAKAN OLEH IBUBAPA KEPADA ANAK-ANAK.
1. PILIH NAMA YANG BAIK.
2.MENDIDIK DENGAN AGAMA.
3.DIKAHWINKAN APABILA TELAH DEWASA.
MATINYA ANAK ADAM PUTUS SEMUA KECUALI:
1.SEDEKAH JARIAH.
2.ILMU YANG BERMANAFAAT
3.ANAK SOLIH YANG MENDOAKAN KEDUA IBUBAPANYA.
BERBAKTI KEPADA IBUBAPA YANG MENINGGAL.
1.MENJADI ORANG SOLEH .
2.MENGHUBUNGI SAHABAT-SAHABAT IBUBAPA KITA.
3.MEMBACA ISYTIFAR DAN DOAKAN MEREKA & BERSEDEKAH UNTUK MEREKA.
INSYAALLAH BERJUMPA LAGI.

Saturday, December 27, 2008

RENUNGAN
SOLAT TETAPI TIDAK BERUBAH SIKAP.MAKNANYA TIDAK ADA PENGHAYATAN FALSAFAH SOLAT.

INFO SAIDINA UMAR.
AYAH HENDAKLAH MEMBERI NAMA YANG BAIK KEPADA ANAK & MENGAJAR MEREKA ALQURAN DAN SUNNAH.

Friday, December 26, 2008


KATA HIKMAH AMR KHALID
JANGAN KAMU REMEHKAN NIKMAT BERUPA KESIHATAN
JANGAN KAMU MEMPERKECILKAN DOSA TANPA TAUBAT
JANGAN KAMU NAMPAKKAN KETAATAN TANPA ADANYA KEIKHLASAN

SESIAPA YANG BERUSAHA MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH
DIA AKAN DAPAT MERASAI KENIKMATAN IMAN.

Thursday, December 25, 2008

HATI BERSYUKUR & ORANGNYA SABAR
INILAH TANDA MANUSIA YANG DIKURNIAKAN HASANAH(KEBAIKAN) DUNIA & AKHIRAT OLEH ALLAH DAN DIJAUHKAN ALLAH DARIPADA API NERAKA.
INFO IMAM QASIM ABU ABDUL RAHMAN.
SABDA NABI
APABILA AMANAH DIABAIKAN ORANG,TUNGGULAH WAKTU KEHANCURAN(HARI KIAMAT)
FORMULA PENYELESAIAN MASALAH YANG TERAGUNG DI DALAM QURAN.
SURAH ALTALAQ AYAT 2-3
BARANG SIAPA YANG BERTAKWA KEPADA ALLAH ,DIA AKAN ADAKAN BAGINYA JALAN KELUAR DAN (ALLAH) AKAN MENGURNIAKAN REZEKI DARI ARAH YANG TIDAK DISANGKA-SANGKA KEPADANYA.

Tuesday, December 23, 2008

INFO USTAZ FATHI YAKAN
10 CIRI-CIRI MUSLIM

1.WARAK
2.MENUNDUK PANDANGAN.
3.MEMELIHARA LIDAH
4.MALU
5.LEMAH LEMBUT & SABAR
6.BENAR & JUJUR
7.TAWADUK
8.JAUHI SANGKA BURUK ,MENGUMPAT & MENJEJAKI KEBURUKAN
ORANG LAIN.
9.PEMURAH
10.QUDWAH HASANAH

RENUNGAN
APABILA UMUR BERTAMBAH AMALAN JUGA BERTAMBAH.

.

Sunday, December 21, 2008

INFO ISLAM

6 Perkara Mendorong Seseorang Mengumpat Menurut Imam Al-Ghazali

SIKAP suka mengumpat atau menceritakan keburukan dan kelemahan orang laindilaknat oleh Allah.Mereka yang bersikap demikian, secara disedari atau tidak mencela danmengaibkan orang lain yang hukumnya berdosa besar.Ketika berbual, sama ada secara sengaja atau tidak, mereka menceritakankeburukan ketuanya, jiran, saudara mara dan orang yang lalu di hadapanmereka.Firman Allah bermaksud: "Hai orang yang beriman, kalau datang kepada kamuorang jahat membawa berita, periksalah dengan saksama supaya kamu jangansampai mencelakakan suatu kaum yang tidak diketahui, kemudian kamu menyesaldi atas perbuatanmu itu." (Surah al-Hujurat, ayat 6)Sabda Rasulullah saw seperti yang diriwayatkan oleh Al-Thabrani daripadaAbu Hurairah bermaksud: "Yang paling dikasihi Allah antara kamu ialah merekayang baik akhlaknya, merendah diri, suka pada orang dan disukai orang. Danyang paling dimarahi Allah ialah mereka yang membawa fitnah, menceraiberaikan di antara sesama saudara dan mencaci orang yang tidak bersalah."Imam al-Ghazali ada menyebut enam perkara yang mendorong seseorang itumengumpat;
1. Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga sanggupmendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan tidak dapatdikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam;
2. Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadidan kehormatan seseorang;
3. Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodohdan rendah;
4. Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntungdan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat;
5. Bergurau dan suka melawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan dankecacatan hingga mengaibkan orang lain; dan
6. Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombongkerana memandang rendah orang lain.
Sehubungan itu, Imam al-Ghazali menyarankan lima perkara untukmenghentikan sikap suka mengumpat, antaranya ialah;Harus sedar dan insaf mengumpat dan memburuk-burukkan orang lain ituberdosa besar;

PETUA ISLAM

Petua Murah Rezeki dan Dijauhi Kesulitan


Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan rubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya." Lelaki itu tertunduk.Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Mulai hari itu, wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat.Rupa mukanya berseri. Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum.Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya. Demikian pula seorang suami atau seorang isteri.Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, pikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.

INFO USTAZ ABDULLAH MELAKA
LAGI BANYAK KITA MENGINGATI ALLAH/BERAMAL IBADAT, LAGI BANYAK RAHMAT ALLAH TURUN.

INFO USTAZ ZAWAWI KUALA LUMPUR
ADAB/KASIH KITA KEPADA IBUBAPA YANG TELAH MENINGGAL.ZIARAH KUBUR MEREKA DAN KUKUHKAN SILATULRAHIM DENGAN RAKAN-RAKANNYA.

INFO SOLAT TAMBAHAN
SOLAT-SOLAT SUNNAT /TAMBAHAN YANG BAIK KITA BUAT SOLAT HAJAT,SOLAT DHUHA,SOLAT TAHAJUD & SOLAT TAUBAT.

Friday, December 19, 2008

INFO SOLAT

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S. W. T
Rasulullah S. A. W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim) Rasulullah S. A. W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S. W. T, antaranya :
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.
" Sabda Rasulullah S. A. W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S. W. T dan jauh dari Allah." Hassan r. a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

INFO ISLAM

12 Sifat SAHABAT
1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu
3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik
5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu
6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan. Sungguhpun begitu, kita seharusnya individu yang perlu memiliki sifat-sifat di atas. Semoga persahabatan dan persaudaraan sesama kita sentiasa berkekalan dan menguatkan lagi ukhuwah Islamiah.

INFO ISLAM

10 JENIS ORANG ISLAM YANG KEJAM
Sufyan Atsauri berkata: "Sepuluh macam daripada kekejaman ialah:
1. Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.
2. Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.
3. Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat.
4. Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.
5. Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah.
6. Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.
7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.
8. Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.
9. Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.
10. Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu.

KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH

KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH MENURUT TEORI FIZIK
Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

NASIHAT

Rahsia dan Nikmat disebalik erti "SABAR".
MAKSUD "sabar" dalam konteks amalan batin ialah menahan hawa nafsu daripada dipengaruhi oleh sebarang gelora atau kegemparan hati atau tekanan jiwa atau perasaan atau rangsangan yang menimbulkan rasa marah atau berontak, resah- gelisah, tidak rela, sugul, kecewa atau putus asa, akibat daripada pengalaman menghadapi kesusahan, ketidak- selesaan atau sesuatu keadaan yang tidak disukai atau tidak diingini.Kesabaran itu harus meliputi empat tindakan, iaitu:* tabah dan tekun dalam mengerjakan taat atau ibadat kepada Allah; * menahan diri daripada melakukan maksiat atau kemungkaran;* memelihara diri daripada dipukau oleh godaan dunia, nafsu dan syaitan;* tenang / teguh hati menghadapi cubaan atau musibat.Sabar yang demikian itu adalah suatu tuntutan dalam agama dan merupakan satu ibadah, malah segala ibadat itu didirikan di atas sabar, kerana dalam mengerjakan ibadat itu kita terpaksa menanggung kepayahan dan pengorbanan.Malah, dalam segala lapangan, kita perlu bersabar dan menangani segala kesukaran dan rintangan yang dihadapi. Orang yang gagal bersabar tidak akan tercapai matlamat dan manfaat ibadatnya.Antara tujuan kita disuruh mempertahankan kesabaran itu ialah:Pertama, supaya dapat mengerjakan ibadat dengan tenteram dan dapat mencapai kesempurnaan dan seterusnya mencapai matlamatnya. Jika tidak bersabar, tekanan dan ekoran daripada pelbagai kesukaran atau daripada padah pelbagai musibat menjadikan kita keluh-kesah, lalu kehilangan punca kekusutan dan pertimbangan. Keadaan ini tentulah akan mengganggu konsentrasi dan penghayatan dalam kerja ibadat, khususnya. Kadang-kadang sampai tidak dapat meneruskannya.Kedua, untuk mencapai kejayaan (kebajikan dunia dan akhirat).Antara firman Allah Taala tentang hal ini ialah: "Dan Kami jadikan antara mereka itu pemimpin yang memberi pertunjuk dengan perintah kami ketika mereka bersabar". (QS. 32:24); "Mereka itulah orang- orang yang dibalas (dikurniakan) bilik (martabat yang tinggi di syurga) kerana mereka bersabar (menjunjung taat kepada Allah), dan mereka dialu-alukan di dalamnya(syurga) dengan penghormatan dan ucapan salam kesejahteraan (oleh para malaikat)". (QS. 25:75); "Sesungguhnya orang-orang yang bersabar itu dicukupkan ganjaran pahala mereka tanpa batas". (QS.39:10);Allah Taala menganjurkan kita supaya bersabar. Firman-Nya (mafhumnya): "Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu (melakukan taat dan menghadapi musibat), teguhkanlah kesabaran kamu, tetapkanlah kewaspadaan serta siap siaga dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung (merebut syurga dan bebas dari neraka). (QS. 3:200).Apabila seseorang itu berjaya mempertahankan kesabarannya dalam keempat-empat keadaan tersebut di atas, maka tercapailah darjat istiqamah dan taat dengan mendapat ganjaran pahalanya yang besar. Orang itu tidak akan terjatuh ke jurang maksiat.Saiyidina Ali Abu Talib k. a. w pernah bermadah, maksudnya: Jika engkau bersabar, takdir itu berlaku juga ke atas diri mu, tetapi engkau dikurniakan ganjaran pahala. Jika engkau tidak sabar pun, takdir tetap berlaku juga ke atas dirimu dan engkau berdosa.DALAM konteks menghadapi ujian (qadhak) atau musibat atau mala petaka, seseorang hamba Allah itu, insya Allah, akan berjaya mengekalkan kesabarannya , jikalau dia sentiasa mengingati atau mengekalkan kesedaran tentang hakikat atau hikmat musibat itu, atau jika hamba Allah itu sentiasa menaruh sangkaan baik terhadap Allah Taala. Malah, dengan yang demikian, kesabaran dan keimanannya akan bertambah teguh.Sebagai perbandingan tentang hakikat musibat itu, kita katakan ada seorang bapa yang melarang keras anaknya memakan sejenis makanan yang amat digemari oleh anaknya itu. Sebaliknya sang bapa itu memaksa anaknya memakan makanan biasa daripada bahan yang murah, walaupun dia cukup mampu membeli makanan istimewa yang menjadai kegemaran anaknya itu. Apakah penerimaan atau reaksi sang anak terhadap tindakan bapanya itu?Dan apakah kata kita terhadap sang bapa itu? Mungkin ramai antara kita akan mengatakan sang bapa itu kedekut, bakhil, tidak bertimbangrasa dan sebagainya. Akan tetapi kita tidak harus menuduh sebarangan kepada sang bapa itu sebelum kita tahu apa tujuan dia bertindak demikian. Kita harus mencari sebab-musababnya.Inilah tindakan wajar orang yang bersabar. Demikianlah antara cara kita berhadapan dengan keadaan yang tidak menyenangkan kita atau apabila menerima cubaan atau musibat yang ditakdirkan oleh Allah Taala ke atas diri kita. Kita tidak harus terus melenting marah atau kesal mengikut arus perasaan atau rangsangan nafsu dan syaitan, kerana kita tidak tahu rahsia hakikat dan hikmat di sebalik takdir itu.Bandingannya, katakan kita tahu, tujuan sang bapa tersebut bertindak demikian adalah kerana anaknya itu sedang mengidap suatu penyakit yang mengikut doktor, sang anak itu akan menghadapi bahaya apabila memakan makanan kegemarannya itu.Sekarang apa kata kita? Tidakkah tuduhan-tuduhan terhadap sang bapa tadi tergugur dengan sendirinya? Dan, sang anak itu pula, apa bila mengetahui tujuan bapanya itu, apakah wajar memarahi bapanya atau berkecil hati atau menyesali tindakan bapanya itu? Sekarang tentulah kita akan mengatakan, sang bapa itu adalah seorang bapa yang bertanggungjawab dan anaknya pula tidak sepatutnya menyesali tindakan bapanya yang demikian. Katakan lagi, sang bapa membawa anaknya itu ke hospital, lalu ditahan di wad hospital itu. Maka itu terpenjaralah sang anak di hospital, terpaksa berpisah dengan keluarga dan kawan-kawanya. Selain itu dia terpaksa minum dan menelan ubat-ubat yang pahit dan disuntik. Rawatan seterunya ialah pembedahan.Pada zahirnya, sang anak itu menderita terseksa, tetapi apabila diyakini, bahawa 'seksaan' itu adalah untuk menyelamatkannya daripada ancaman dan seksaan sebenar yang berpanjangan daripada penyakit yang dihidapinya itu, maka 'seksaan' sementara itu seharusnya diterima dengan hati terbuka, penuh rela, tenang, dan sabar.Demikianlah semestinya penerimaan kita terhadap musibat atau ujian drpd Allah Taala. Sebenarnya penyakit itu sendiri merupakan suatu cubaan atau musibah. Melalui penyakit, kita diuji oleh Allah Taala sejauh mana kesabaran dan keimanan kita, sejauh mana dan bagaimana usaha atau ikhtiar kita merawatinya, sama ada dengan cara yang bersendikan tawakal dan tafwid atau melibatkan perbuatan syirik, yakni bergantung kepada yang lain daripada Allah dan melakukan perkara-perkara mungkar yang lain.Dan, kalau ditakdirkan usaha rawatan itu gagal dan penyakit itu bertambah tenat, maka itu adalah ujian yang lebih besar, khususnya kepada pengidap penyakit itu. Kalau penyakit itu akhirnya membawa maut, maka ujian itu melibatkan keluarga pula. Hikmat dan hakikat di sebalik apa yang ditakdirkan Allah itu, sama ada yang baik ataupun yang buruk, kita tidak tahu.Sebab itu kita perlu bersabar menerima dan menanggungnya. Kita sebagai hamba Allah hendaklah menghadapinya dengan hati yang tenang, penuh kerelaan, penuh kesabaran; di samping berikhtiar mengatasinya dengan seberapa daya mengikut kemampuan kita sebagai manusia, hamba Allah.Untuk mewujudkan kesabaran, kita hendaklah sentiasa menyedari, bahawa kadar dan waktu berlakunya kesusahan atau musibat itu adalah di bawah takdir Allah Taala yang maha berkuasa. Ketetapan kadar itu tidak bertambah atau berkurang dan waktunya tidak terdahulu atau terkemudian.Dan, untuk memelihara atau mengekalkan kesabaran itu pula, kita hendaklah sentiasa mengingati bahawa kesabaran itu bakal dibalas dengan ganjaran kebajikan dan pahala yang disimpan khas oleh Allah Taala.Demikianlah, kesabaran itu merupakan ubat yang paling pahit tetapi paling mujarrab.Yakinlah, keberkatan daripada kesabaran itu membawa manfaat kepada kita sekali gus menolak mudarat daripada kita. Sebagai ubat, pahitnya hanya sesaat, tetapi manisnya berpanjangan. Wallahu a'lam.===== Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda: " Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
SEWA KHEMAH
RM100 `.2 KHEMAH .HUBUNGI YM RAJA ABDUL AZIZ.
LORI HUBUNGI ZUN 0175047651

INFO OMAR ALKHATTAB
ORANG YANG BERJAYA IALAH MEMELIHARA DIRI DARIPADA 1.TAMAK 2.HAWA NAFSU 3.MARAH
INFO ZAKAT
PEMBAYARAN ZAKAT SEBELUM 31 /12/08 MELAYAKKAN ANDA MENDAPAT REBAT CUKAI PENDAPATAN.

INFO MINYAK
HARI INI RM1.80 SELITER.ALHAMDULILLAH

INFO 10 SAHABAT NABI YANG DIJAMIN SYURGA.
1.ABUBAKAR
2.UMAR ALKATTAB
3.UTSMAN AFFAN
4.ALI ABI THALIB
5.THALHAH UBAIDILLAH
6.AZZUBAIR IBNU AWWAM
7.ABDURRAHMAN BIN AUF
8.SAAD ABI WAQQAS
9.SAID ZAID
10.ABU UBAIDAH IBNUL JARRAH

INFO DOA DARI DR.DANIAL
DOA MENJADI SEBAB BALA DIJAUHKAN DAN RAHMAT DITURUNKAN.

FORMULA KEJAYAAN
1.MEMELIHARA AMANAH
2.BERCAKAP BENAR
3.AKHLAK YANG BAIK
4.DAPAT MENGAWAL NAFSU MAKAN.

HADIS RIWAYAT IMAM AHMAD DAN TABRANI.

INFO DARI YUSUF ISLAM(DULUNYA CAT STEVENS)
BUDAYA DAN NILAI HIDUP BARAT ADALAH SEPERTI SEBUAH KAPAL YANG SEDANG TENGGELAM DAN UMAT ISLAM SEDANG BEREBUT-REBUT MEMBELI TIKET UNTUK MENAIKINYA.

KELEBIHAN AYAT KURSI
1.KESEJAHTERAAN DIRI.
2.MENGHADAPI MATI.
3.MENGHADAPI KESUSAHAN.
4.MENGHADAPI GANGGUAN IBLIS DAN SYAITAN.
5.PENDIDING DIRI.
6.KESELAMATAN PERJALANAN.(MUSAFIR)
INFO FADILAT AYAT KURSI DR.AMRAN KASIMIN & DATO DR.HARON DIN

Tanda-tanda Qiamat.....

Diantara tanda-tanda qiamat ialah:

  1. Bila anak-anak merupakan punca kemarahan orang tuanya.
  2. Bila hujan berkurangan, cuaca menjadi panas dan udara telah tercemar.
  3. Orang jahat bertambah ramai dan galakan utuk membuat kejahatan sangat banyak.
  4. Orang yang berbuat kebaikan sedikit dan tidak mendapat kemudahan yang sewajarnya.
  5. Anak-anak sudah berani melawan orang tua.
  6. Orang-orang yang jahat berani melawan orang-orang yang baik dan tidak segan terhadap mereka.

HADIS RIWAYAT THABRANI

INFO KATA-KATA ULAMA

Kekuatan Islam di sebuah kampung dilihat kepada jumlah orang yang solat subuh berjemaah...

INFO HADIS

1.Orang yang membaca Al-Quran malaikat datang untuk menenangkan hatinya..

2.Orang yang solat bejemaah dijauhkan Allah sifat nifak dan dibebaskan dari api neraka..

INFO SOLAT

Solat sunat dhuha pada jam 7.34pagi.
Kelebihan solat sunat dhuha ialah Allah murahkan rezeki...
Penceramah-penceramah yang pernah hadir di Surau Muhibbah.
1.Ustaz Nurhaslin.
2.Ustaz Kaptain Najimuddin Alhafiz.
3.Ustaz Yob Saidin.
4.Ustaz Kazim Alhafiz.
5.Ustaz Akil Hayy.
6.Ustaz Manolito.
7.Dato Sheik Mat Nor Alhafiz.
8.Ustaz Daud CheNgah.
9.Ustaz Munawir.
10.Ustaz Ahmad Termizi.

Thursday, December 18, 2008

INFO HADIS
APABILA KITA MENGHADAPI KESUSAHAN DAN KESEMPITAN BANYAKLAH BERISYTIFAR KERANA ALLAH AKAN MEMBANTU KITA.
INFO QURAN
ORANG YANG BERIMAN, ALLAH BANTU UNTUK MENJADI TENANG DAN SABAR DI DALAM MENGHADAPI KESUSAHAN.

INFO KETUA KAMPUNG
EN.MD.RADHI TEL. 0175658249.

Tazkirah





SOLAT BERJEMAAH MERUPAKAN SUNNAH NABI S.A.W.
KELEBIHAN SOLAT SUBUH BERJEMAAH
SEPERTI BERIBADAH SEPANJANG MALAM
BERDASARKAN HADIS NABI.

MARILAH KITA MENUNTUT ILMU AGAMA SUPAYA HATI KITA TIDAK KERAS DAN TIDAK MELAKUKAN DOSA-DOSA BESAR.SUMBER HADIS NABI S.A.W.
KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH
MENDAPAT PENGAMPUNAN & RAHMAT DARIPADA ALLAH
BERDASARKAN HADIS NABI SALLALLAHUALAIHIWASSALAM

Ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam aktiviti ibadah korban sempena Hari Raya Aidil Adha tempoh hari dan Selamat Menyambut Tahun Baru Islam 1430 Hijrah.. - Daripada Pengerusi Surau Ai-Islamiyah Kg. Muhibbah

RAYUAN SUMBANGAN AKTIVITI SURAU

KEPADA TUAN-TUAN YANG BERHAJAT UNTUK MENYUMBANGKAN DERMA, BOLEHLAH MASUKKAN TERUS SUMBANGAN TERSEBUT KE DALAM AKAUN SURAU DI :
RHB BANK NO. A/C : 25822600002109
ATAS NAMA
SURAU AL-ISLAMIYYAH KG MUHIBBAH