Friday, December 17, 2010

Pesanan Ibrahim Adham

Di ceritakan bahawa seorang lelaki menemui Ibrahim bin Adham. Ia berkata kepada Ibrahim. “Hai bapa Ishak (Ibrahim). Saya ini sudah menzalimi diri sendiri, maka terangkanlah kepadaku sesuatu yang dapat menginsafkan diriku dan menyelamatkan hatiku.” Ibrahim Adham menjawab “ Jika engkau dapat menerima dan boleh melakukan lima perkara ( yang aku akan katakan) nescaya apa saja kesedapan yang engkau kecapi tidak akan memudharatkan dirimu. Lelaki tersebut itu pun berkata :”Apa dia? Cubalah engkau beritahu wahai bapa Ishak”
Ibrahim Adham menerangkan :

“Pertama : Apabila engkau hendak menderhaka kepada Allah Azzawajalla, maka janganlah engkau makan rezekiNya” Lelaki itu meningkah dan berkata “ Dari sumber mana lagi aku nak makan. Sedangkan segala yang ada di dunia ini rezekiNya.” Ibrahim Adham mencelah: “Wahai pulan, adakah patut dan wajar engkau engkau makan rezeki kurniaNya, kemudian engkau menderhaka kepadaNya! “Tentu tidak.” Jawabnya.

“Kedua : Jika engkau hendak menderhaka kepada Allah maka janganlah engkau menginap di mana-mana pun di atas duniaNya.” Lelaki itu berkata: “Ini lebih hebat lagi dari yang pertama. Kalau Timur, Barat dan antara kedua semuanya adalah kepunyaan Allah maka di manakah aku akan tinggal? Ibrahim Adham mencelah “Hai pulan adakah patut engkau makan rezeki Allah, tinggal di bumiNya kemudian engkau derhaka kepadaNya? “Tidak.” Jawabnya.

“Ketiga : Kalau engkau mahu juga menderhaka sedangkan engkau makan rezeki Allah, dan tinggal di bumiNya, maka carilah tempat yang kira-kira Dia tidak nampak engkau mencabar perintahNya. Kalau engkau temui, nah engkau lakukanlah maksiat tersebut.”

“Keempat : Apabila tiba malaikat maut hendak mencabut nyawamu maka katakanlah kepadanya : “Berikanlah tempoh untuk bertaubat Nasuhah dan untuk beramal soleh kerana Allah.”
“Takkan dia mahu menurut perintahku”
“Ha pulan. Apakah dalam keadaan engkau tidak berdaya menolak maut, untuk mendapat tempoh bertaubat, dan engkau faham betul bahawa kalau maut datang engkau tidak berdaya menolak maut, untuk mendapatkan tempoh taubat, dan engkau faham betul kalau maut datang engkau tidak di beri tempoh maka dalam keadaan begitu engkau masih mengharapkan engkau boleh selamat (dengan maksiatmu?)

“Kelima : Apabila datang Malaikat Zabaniah pada hari qiamat hendak membawamu masuk neraka maka janganlah engkau pergi bersamanya!”
“Sudah tentu mereka tidak akan biarkan aku, atau menerima perintahku.”
Kata Ibrahim Adham :” Kalau begitu bagaimana engkau harap engkau boleh selamat?”
Lelaki itu pun berkata. “Wahai Ibrahim cukuplah, cukuplah!”

“Saya minta ampun kepada Allah dan saya bertaubat kepadaNya”
Lelaki tersebut pun akhirnya ikut beribadah bersama Ibrahim Adham hingga mereka di pisahkan oleh ajal masing-masing.

Pengajaran yang boleh kita ambil dari kesah di atas bahawa kita hendaklah sentasa mengawasi setiap saat perjalanan hidup kita supaya kita tidak melakukan maksiat dan derhaka kepada Allah s.w.t. Alangkah kerdilnya jiwa ini berbanding nikmat dan rahmat yang telah di berikan Allah s.w.t kepada kita, supaya kita sentiasa bersyukur dan patuh segala perintah dan suruhanNya.

Saturday, November 13, 2010

WASIAT IMAM SYAFIE

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara", iaitu :

1. HAK KEPADA DIRI
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2. HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, menndapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cintaa kepada Allah.

3. HAK KEPADA KUBUR
Iaitu: Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

4. HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu: Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

5. HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu: Menahan kemarahan, banyak berfikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

6. HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTASI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu: Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

7. HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu: Menanggis lantanran takutkan Allah S.W.T., berbuat baik kepada ibubapa, bersedekah secara terang- terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

8. HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu: Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

9. HAK KEPADA NABI S.A.W.
Iaitu: Berselawat keatas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada As-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

10. HAK KEPADA ALLAH S.W.T.
Iaitu: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.


(daripada Risalah Dakwah Surau)

Monday, October 25, 2010

SEPULUH KEUTAMAAN ILMU

1. ILMU- adalah warisan para NABI, sedangkan HARTA adalah warisan Qarun.
2. ILMU menjaga pemiliknya, sedangkan HARTA dijaga oleh pemiliknya.
3. Orang yang berILMU banyak sahabatnya, orang yang benyak HARTA banyak musuhnya.
4. ILMU kalau diberikan akan bertambah, sedangkan HARTA kalau diberikan akan berkurang.
5. ILMU tidak dapat dicuri, sedangkan HARTA mudah dicuri dan dapat lenyap.
6. ILMU tidak akan binasa, sedangkan HARTA akan habis kerana waktu dan usia.
7. ILMU tidak ada batasnya, sedangkan HARTA ada batasnya dan dapat dihitung jumlahnya
8. ILMU memberi dan memancarkan sinar kebaikan, menjernihkan fikiran dan hati serta menenangkan jiwa, sedangkan HARTA dapat menggelapkan jiwa dan hati pemiliknya.
9. Orang yang berILMU mendapat sebutan mulia seperti 'ALIM', 'ULAMA', 'CENDEKIAWAN' dan lain-lain sedangkan orang yyang banyak HARTA lebih cenderung kepada sifat kikir dan bakhil.
10. Orang yang berILMU mendorong untuk mencintai ALLAH, sedangkan HARTA membangkitkan rasa sombong, bongkak dan takabur.

(DIPETIK DARIPADA "RISALAH DAKWAH TERBITAN LUJNAH DAKWAH & TARBIYYAH SURAU")

Tuesday, March 23, 2010

KESAN SOLAT DARI ASPEK SAINS DAN KESIHATAN

KESAN DARI ASPEK KESIHATAN

1. Melambatkan proses penuaan dan kekenduran tisu
2. Melancarkan fungsi buah pinggang
3. Meningkatkan kadar pembakaran lemak dalam badan dan merendahkan risiko penyakit jantung
4. Memanjangkan jangka hayat jantung serta dapat menghindarkan pengecilan salur-salur darah yang membawa kepada penyakit arteriosklerosis.
5. Otak bertambah sihat dan cergas
6. Menggalakkan kefleksibilitan spina dan boleh digunakan sebagai terapi untuk merawat sakit pinggang.
7. Meningkatkan penumpuan dan daya ingatan.
8. Melancarkan pengaliran darah dan mengurangkan masalah lemah tenaga batin.
9. Meningkatkan daya ketahanan badan dan bertenaga.

Saturday, February 27, 2010

KARNIVAL MAULIDUL RASUL

KARNIVAL MAULIDUL RASUL

SURAU AL-ISLAMIYAH
KG MUHIBBAH, 31100 SG SIPUT (U),PERAK

28 FEBRUARI 2010 (AHAD)

KARNIVAL SEMPENA MAULIDUL RASUL
JAM 9.00 - 1.00 TENGAH HARI

PROGRAM:
1. PAMERAN AGENSI ANTI-DADAH
2. PAMERAN BATU PERMATA
3. PDRM & RAKANCOP
4. CERAMAH BAHAYA KANSER
5. SUKAN RAKYAT
6. GERAI JUALAN


MALAM SELEPAS SOLAT 'ISYA

PROGRAM :
CERAMAH MAULID NABI
AL-FADHIL USTAZ KAMAL ASHAARI

(JAMUAN MAKAN SELEPAS MAGHRIB)

SEMUA DIJEMPUT HADIR.

Tuesday, February 16, 2010

Kisah Khalifah Berjiwa Rakyat.....

Suatu ketika Utbah bin Farqad, gabenor Azerbaijan pada masa pemerintahan Umar bin Khattab ditawarkan makanan oleh rakyatnya suatu kebiasaan yg lazim pada masa itu. Dengan senang hati, gabenor menerimanya seraya berkata :

"Apa nama makanan ini ?"
"Namanya habish, ia dibuat daripada minyak sapi dan kurma ." jawab salah seorang daripada mereka.

Gabanor segera menjamah makanan itu. Sejenak kemudian bibirnya menguntungkan senyum. "SubhanAllah! Betapa manisnya dan enak makanan ini. Tentu kalau makanan ini kita kirim kepada Amirul Mukminin Umar bin Khattab di Madinah, dia pasti gembira," ujar Utbah. Kemudian, dia memerintahkan rakyatnya supaya membuat makanan tersebut yg lebih enak.

Setelah makanan tersedia, gabenor memerintahkan anak buahnya supaya berangkat ke Madinah dan membawa habish untuk Khalifah Umar bin Khattab. Dua utusan segera berangkat ke Madina. Mereka menyerahkan makanan khas Azerbaijan itu kepada Umar bin Khattab. Khalifah segera membuka dan merasanya.

"Makanan apa ini?" Tanya Umar.
"Makanan ini namanya habish. Makanan paling lazat di Azerbaijan," jawab salah seorang utusan.
"Apakah seluruh rakyat Azerbaijan dapat menikmati makanan ini?" Tanya Umar lagi.
"Tidak. Tidak semua boleh menikmatinya," jawab utusan itu gugup.

Wajah khalifah langsung merah petanda sedang marah. Dia segera memerintahkan kedua-dua utusan itu supaya membawa kembali habish ke negerinya. Kepada gabenor dia menulis,
'......makanan semanis dan selazat ini bukan dibuat daripada wang ayah dan ibumu. Kenyangkan perut rakyatmu dengan makanan ini sebelum engkau mengenyangkan perutmu.'

Kisah yg diabadikan Ibn Qayyim al-Jauziyah dalam kitab Manaqib Amirul Mukminin ini, memberikan pengajaran yg teramat berharga bagi umat islam, khususnya para pemimin. Umar bin Khattab telah memberikan pengajaran yg sangat beerti. Pemimpin harus memikirkan rakyat sebelum dirinya. Dalam kesempatan lain, Umar pernah menyatakan, "Aku orang pertama yg merasa lapar kalau rakyat kelaparan dan orang terakhir yg merasa kenyang kalau mereka kenyang,"

RAYUAN SUMBANGAN AKTIVITI SURAU

KEPADA TUAN-TUAN YANG BERHAJAT UNTUK MENYUMBANGKAN DERMA, BOLEHLAH MASUKKAN TERUS SUMBANGAN TERSEBUT KE DALAM AKAUN SURAU DI :
RHB BANK NO. A/C : 25822600002109
ATAS NAMA
SURAU AL-ISLAMIYYAH KG MUHIBBAH