Saturday, November 13, 2010

WASIAT IMAM SYAFIE

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara", iaitu :

1. HAK KEPADA DIRI
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2. HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, menndapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cintaa kepada Allah.

3. HAK KEPADA KUBUR
Iaitu: Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

4. HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu: Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

5. HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu: Menahan kemarahan, banyak berfikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

6. HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTASI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu: Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

7. HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu: Menanggis lantanran takutkan Allah S.W.T., berbuat baik kepada ibubapa, bersedekah secara terang- terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

8. HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu: Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

9. HAK KEPADA NABI S.A.W.
Iaitu: Berselawat keatas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada As-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

10. HAK KEPADA ALLAH S.W.T.
Iaitu: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.


(daripada Risalah Dakwah Surau)

RAYUAN SUMBANGAN AKTIVITI SURAU

KEPADA TUAN-TUAN YANG BERHAJAT UNTUK MENYUMBANGKAN DERMA, BOLEHLAH MASUKKAN TERUS SUMBANGAN TERSEBUT KE DALAM AKAUN SURAU DI :
RHB BANK NO. A/C : 25822600002109
ATAS NAMA
SURAU AL-ISLAMIYYAH KG MUHIBBAH