Saturday, March 30, 2013

cara Rasulullah menjaga kesihatan diri


Ini adalah cara Rasulullah menjaga kesihatan diri agar tetap sihat
SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardhu dan solat Subuh secara berjemaah.
Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala,kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (HR. Muslim)
TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN
Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.
GEMAR BERJALAN KAKI
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.
Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.
TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wudhu’ dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.
OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakkal kepada Allah s.w.t.
TIDAK PERNAH IRI HATI
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”
PEMAAF
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.
Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
“BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat Rasulullah. Semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.”
mari ikut cara nabi. :) <3 span="">
.
sumber asal : halawatul-iman.tumblr

Tuesday, January 22, 2013

http://ikimfm.my/radio.html

Monday, January 21, 2013

JEMPUTAN KARNIVAL SURAU MUHIBBAH 2013

Karnival Surau Muhibbah 2013

Sunday, September 18, 2011

99 nama ALLAH

Allah-Lafaz Yang Maha Besar dan Maha Agung
Ar-Rahmaan-Yang Maha Pemurah.
Ar-Rahiim-Yang Maha Penyayang.
Al Maalik Yang Maha Menguasai.
Al Qudduus Yang Maha Suci.
As Salaam Yang Maha Sejahtera.
Al Mu'miin Yang Maha Pengaman.
Al Muhaimin Yang Maha Menjaga, Mengawasi, Memerintah dan Melindungi semua makhluk.
Al 'Aziiz Yang Maha Mulia.
Al Jabbaar Yang Maha Berkuasa.
Al Mutakabbir Yang Maha Agung.
Al Khaaliq Yang Maha Pencipta.
Al Baari' Yang Maha Mengadakan.
Al Mushowwir Yang Maha Pembentuk rupa.
Al Ghaffaar Yang Maha Pengampun.
Al Qahhaar Yang Maha Kuasa (Pemaksa).
Al Wahhaab Yang Maha Pengurnia.
Ar Razzak Yang Maha Pemberi Rezeki.
Al Fattaah Yang Maha Membukakan.
Al 'Aliim Yang Maha Mengetahui.
Al Qaabidh Yang Maha Menyempitkan.
Al Baasith Yang Maha Meluaskan.
Al Khaafidh Yang Maha Menjatuhkan.
Ar Raafi' Yang Maha Mengangkat.
Al Mu'izz Yang Maha Memberi Kemuliaan.
Al Muzill Yang Maha Memberi Kehinaan.
As Saami' Yang Maha Mendengar.
Al Baashir Yang Maha Melihat.
Al Haakim Yang Maha Menetapkan Hukum.
Al 'Adl yang Maha Adil.
Al Lathiif Yang Maha Lemah Lembut.
Al Khabiir Yang Maha Amat Mengetahui.
Al Haliim Yang Maha Penyantun.
Al 'Azhiim Yang Maha Agung.
Al Ghafuur Yang Maha Pengampun.
Al Syakuur Yang Maha Menghargai.
Al 'Aliyy Yang Maha Tinggi.
Al Kabiir Yang Maha Besar.
Al Hafiizh Yang Maha Memelihara.
Al Muqiith Yang Maha Pemberi Kecukupan.
Al Hasiib Yang Maha Menghitung.
Al Jaliil Yang Maha Luhur.
Al Kariim Yang Maha Pemurah.
Ar Raqiib Yang Maha Teliti.
Al Mujiib Yang Maha Mengkabulkan.
Al Waasi' Yang Maha Luas.
Al Haakim Yang Maha Bijaksana.
Al Waduud Yang Maha Mengasihi.
Al Majiid Yang Maha Mulia.
Al Baa'ith Yang Maha Membangkitkan.
Asy Syahiid Yang Maha Menyaksikan.
Al Haq Yang Maha Benar.
Al Wakiil Yang Maha Menjaga Penyarahan.
Al Qawiyy Yang Maha Kuat.
Al Matiin Yang Maha Perkasa.
Al Waliyy Yang Maha Melindungi.
Al Hamiid Yang Maha Terpuji.
Al Muhshii Yang Maha Penghitung.
Al Mubdi' Yang Maha Memulai.
Al Mu'iid Yang Maha Mengulangi.
Al Muhyii Yang Maha Menghidupkan.
Al Mumit Yang Maha Mematikan.
Al Hayyu Yang Maha Hidup.
Al Qayyuum Yang Maha Berdiri Sendiri.l
Al Wajiid Yang Maha Mewujudkan.
Al Majiid Yang Maha Mulia.
Al Waahid Yang Maha Esa.
As Shomad Yang Maha Diperlukan.
Al Qaadir Yang Maha Kuasa.
Al Muqtadir Yang Maha Menentukan.
Al Muqaddim Yang Maha Mendahulukan.
Al Mu'akhkhir Yang Maha Mengakhirkan.
Al Awwal Yang Maha Awal.
Al Aakhir Yang Maha Akhir.
Az Zhaahir Yang Maha Nyata.
Al Baatin Yang Maha Tersembunyi.
Al Waliy Yang Maha Menguasai.
Al Muta'aali Yang Maha Agung.
Al Barr Yang Maha Menerima Taubat.
Al Muntaqim Yang Maha Penyeksa.
Al 'Afuw Yang Maaf Pemaaf.
Ar Ra'uuf Yang Maaf Belas Kasihan.
Malik al Mulk Yang Maha Menguasai Kerajaan.
Zul Jalaal wal Ikraam Yang Maha Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan.
Al Muqsith Yang Maha Mengadili.
Al Jaami' Yang Maha Mengumpul.
Al Ghaniy Yang Maha Kaya.
Al Mughni Yang Maha Pemberi Kekayaan.
Al Maani' Yang Maha Menolak.
Ad Dhaarr Yang Maha Pemberi Manfaaf.
An Nuur Yang Maha Bercahaya.
Al Haadi Yang Maha Pemberi Petunjuk.
Al Baadi' Yang Maha Mencipta Perkara Baru.
Al Baaqi Yang Maha Kekal.
Al Waarith Yang Maha Mewarisi.
Ar Raasyid Yang Maha Sedar.
As Shabbuur Yang Maha Penyabar.

RAYUAN SUMBANGAN AKTIVITI SURAU

KEPADA TUAN-TUAN YANG BERHAJAT UNTUK MENYUMBANGKAN DERMA, BOLEHLAH MASUKKAN TERUS SUMBANGAN TERSEBUT KE DALAM AKAUN SURAU DI :
RHB BANK NO. A/C : 25822600002109
ATAS NAMA
SURAU AL-ISLAMIYYAH KG MUHIBBAH